Friday 27 January 2012

Green Coffee Morning ~ Puan Shamsidah, Cik Rodziah dan Puan Fadillah

Morning coffee kali ini menyuntik kelainan. Selain bertemakan warna hijau, ia dihost secara trio oleh ahli-ahli PERWAKILAN yang bekerja iaitu Puan Shamsidah Salahudin, Cik Rodziah Idris dan juga Puan Fadillah Hashim. Kesibukan bekerja seharian ternyata tidak menjadi alasan mereka untuk terasing di kalangan ahli PERWAKILAN berstatus surirumah sepenuh masa. 

Diadakan di Dewan Serbaguna Bangunan Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt, morning coffee yang diadakan pada Jumaat, 27 Januari 2012 dimulakan tepat jam 10:00 pagi.

Menjadi aktiviti pembuka tirai tahun 2012, aktiviti yang dirancang tidak kurang menariknya. Di dalam morning coffee kali ini, masing-masing sungguh teruja mempelajari jahitan manik di bawah tunjuk-ajar Puan Shamsidar. Selain memenuhi ilmu di dada, masing-masing juga pulang dengan tidak bertangan kosong. Terima kasih untuk door gift yang disediakan dan terima kasih juga kepada semua yang menjayakan majlis kali ini..

Antara yang sempat dirakam kali ini..


'Tuan rumah bersama'.. Puan Shamsidah, Puan Fadillah dan Cik Rodziah


Antara yang hadir..


Door gift



Puan Shamsidah menunjukkan cara..


Tekun menjahit



Sebahagian daripada hasil jahitan..

 
Seperti biasa.. macam-macam ada..


Tidak lupa.. kuih-muih dan pencuci mulut..pelengkap selera