Wednesday 23 November 2011

Majlis Perpisahan Encik Riduan dan Isteri

Semalam Selasa 22 November 2011, satu majlis makan tengahari telah diadakan di Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt. Majlis yang dimulakan jam 1:00 tengahari ini merupakan majlis perpisahan untuk Encik Riduan Ab Rahman dan isteri Puan Dayang Faezealina Awang Tajudin. 

Encik Riduan yang memulakan tugas di Pejabat MIDA Kolon sebelum berpindah ke Frankfurt dijangka pulang untuk berkhidmat di Ibu Pejabat MIDA awal bulan hadapan. 

Local staff.. turut hadir memeriahkan majlis..

Makan tengahari disediakan secara potluck terancang oleh PERWAKILAN Frankfurt. Terima kasih kami untuk local staff yang turut sama menyumbang sedikit juadah pada majlis ini..


 
Encik Riduan..bergambar bersama isteri tercinta..baru mendirikan rumahtangga dan juga bakal menjadi ibu dan bapa Julai tahun hadapan.. untuk keduanya, kami mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' dan selamat menempuh hidup baru..

PERWAKILAN.. antara yang hadir..

 MONDAY, 28 NOVEMBER 2011

 
PERWAKILAN..hadir sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt..

 
Sementara menunggu waktu berlepas..sempat minum pagi dan borak-borak..

Bergambar bersama Dayang..

Datang solo..pulang berdua..untuk Riduan dan Dayang..Selamat Jalan..Sehingga Jumpa Lagi!