Friday 25 May 2012

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2012/2013

Persatuan Wanita Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt telah bersidang semula semalam Khamis 24 Mei 2012 di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt Sesi 2012/2013 tersebut telah dimulakan jam 10 pagi dengan dimulakan dengan kata aluan oleh Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham. Turut berucap di dalam mesyuarat ini ialah Penasihat Kehormat PERWAKILAN Frankfurt, En John K Samuel.

Mesyuarat yang bersidang selama lebih kurang dua jam tersebut menyentuh, di antaranya:
  1. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agong PERWAKILAN Tahun 2011
  2. Pembentangan dan pengesahan laporan kewangan lepas
  3. Pembentangan laporan aktiviti lepas
  4. Pembubaran AJK PERWAKILAN Frankfurt Tahun 201/2012 dan Perlantikan AJK PERWAKILAN Frankfurt Tahun 2012/2013
  5. Lain-lain hal.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 tengahari dan dijamu secara pot-luck oleh PERWAKILAN Frankfurt.

Perincian mesyuarat ini boleh dirujuk di dalam Minit Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2012/2013.