Sunday 13 May 2012

Taste of The World

Meriah! Itulah yang dapat digambarkan suasana Taste of The World yang telah berlangsung semalam, Sabtu, 12 Mei 2012 di ISF (ISF Internationale Schule Frankfurt-Rhein-Main).  Perayaan yang bermula jam 12 tengahari itu mempamerkan pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan oleh pelbagai negara untuk dicuba keenakannya oleh pengunjung. Negara Malaysia memilih menu nasi putih, acar rampai, daging masak lada hitam, ayam masam-manis dan kuih bakar serta karipap sebagai jualan pada hari tersebut. Hasil keuntungan jualan pada hari tersebut disumbangkan ke Tabung PERWAKILAN Frankfurt dan juga untuk Tabung Projek Kenya ISF.

Untuk kaum ibu PERWAKILAN Frankfurt yang anak bersekolah di ISF.. Tahniah diucapkan.. masih mampu meluangkan masa menyertai perayaan ini walaupun di sebelah petangnya terpaksa pulang menyiapkan hidangan makan malam untuk menjayakan Program Kunjungan Timbalan Menteri Luar Negeri pada sebelah malamnya pula.

Sekitar peristiwa..

Gerai Malaysia..

Acar rampai..

Kuih bakar dan karipap