Saturday, 28 July 2012

Majlis Perpisahan En. Mohamad Sabri Ab. Rahman Dan Keluarga

Malam Ini Menanam Jagung
Malam Esok Menanam Serai
Malam Ini Kita Berkampung
Malam Esok Kita Bersurai

Tiga tahun terasa cepat berlalu..sedar tak sedar kali ini giliran En. Mohamad Sabri Ab. Rahman dan keluarga pula meninggalkan kami. En. Sabri yang memulakan tugasan di Pejabat MATRADE, Frankfurt pada  Ogos 2009 bakal pulang ke Malaysia for good pada awal bulan hadapan.. Jumaat, 27 Julai 2012 merupakan hari ke lapan (8) kami warga konsulat berpuasa di bumi Frankfurt... hari yang sama juga kami berkumpul beramai-ramai meraikan beliau dan keluarga di dalam majlis berbuka puasa di bangunan konsulat.

Seperti biasa, hidangan berbuka puasa disediakan secara potluck terancang oleh PERWAKILAN Frankfurt.

Sekitar majlis..
Encik Sabri.. yang diraikan..
"Orang Lama Pengalamannya Banyak
Menjadi Rujukan Sana Dan Sini
Terima Kasih Banyak-banyak
Kerana Sudi Bersama Kami.."

Puan Rahizam..aktif berperwakilan..
"Duduk Termenung Tepi Jambatan
Terlihat Ikan Berenang-renang
Cenderamata Tanda Ingatan
Dekat Disayang Jauh Dikenang-dikenang.."


"Burung Camar Tepi Jerami
Terbang Sekawan Di Waktu Pagi
Ingat-ingat Akan Kami
Kalau Rindu Datanglah Lagi"

SUNDAY, 5 AUGUST 2012, 9:30 AM

Antara yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt

"Dua Tiga Kucing Berlari
Mana Nak Sama Si Kucing Belang
Dua Tiga Boleh Kami Cari
Mana Nak Sama Kakak Dan Abang Seorang"


Bergambar kenangan..
"Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-layuan
Intai Kami Antara Nampak 
Esok Jangan Rindu-rinduan.."

Friends Forever..
"Pucuk Pauh Delima Batu
Anak Sembilang Di Tapak Tangan
Walau Jauh Beribu Batu
Hilang Di Mata Di Hati Jangan..."

"Kalau Ada Jarum Yang Patah
Jangan Disimpan Di Dalam Peti
Kalau Ada Silap Dan Salah
Jangan Disimpan Di Dalam Hati.." Kosong..kosong..ok..

"Kalau Ada Sumur Di Ladang
Boleh Saya Menumpang Mandi
Kalau Ada Umur Yang Panjang
Boleh Kita Berjumpa Lagi..." Jumpa nanti kat Malaysia.. ok..

Untuk En Jai dan Keluarga..
"Anak Itik Pulang Petang
Bengkok Kakinya Tersangkut Guni
Kami Ucapkan Selamat Datang
Semoga Menyukai Kehidupan Di Sini.."