Berakhirnya Ramadhan semalam Sabtu, 19 Ogos 2012, genaplah 30 hari kami berpuasa, rukun Islam keempat. Bermulalah Syawal bulan yang mulia..hari ini Aidilfitri disambut gembira tanda kemenangan memerangi hawa nafsu, menahan diri dari lapar dan dahaga..juga perkara-perkara yang membatalkan puasa.. Untuk semua yang beragama Islam 'Selamat Berhari Raya.. Minal Aidil Wal Faizin'
Sekitar raya..
Allahhuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar...bertempat di Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt, sembahyang raya dan khutbah raya kali ini diketuai oleh En. Ahmad Amri Mohd, suami Pn Siti Nordiana (MATRADE).
Indahnya suasana dalam senyuman..berbaju baru di hari raya, sunat.. tanda kita gembira menyambut kedatangannya..
Hari ini hari raya..hari kelepasan kita daripada ibadah puasa..
Sila adik, silakan bang, sila jamu selera..
Selamat Hari Raya, hari mulia.. untuk ayah bonda dan juga keluarga..
Kalau salah terkasar bahasa, ampun dan maaf yang anakanda pinta..
Oh..cantik berseri-seri..tua muda berpakaian serba baru..