Thursday 20 September 2012

Dulu Berdua..Kini Bertiga..

Mendapat cahayamata..impian setiap wanita bergelar isteri..itulah lumrah kehidupan..

Tahniah diucapkan kepada Puan Nur Aainaa Farhana Che Awang dan suami, Encik Khairul Nizam Jamalus  (Konsul Latihan dan Pendidikan) di atas kelahiran cahayamata pertama seberat 3.4 kg pada pagi 26 Ogos 2012 lalu. Bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Adam dilahirkan normal di salah-sebuah hospital di bandar Frankfurt. Berkongsi kegembiraan tersebut, PERWAKILAN telah membuat kunjung ziarah ke kediaman beliau di Frankfurt pada Rabu, 19 hb September 2012. Alhamdulillah, beliau dan Adam berada dalam keadaan sihat sejahtera. Menceritakan saat-saat kelahiran dan tempoh berpantang, ternyata ia pengalaman paling berharga.. indahnya menjadi ibu.. kebahagiaan tiada tara..

Sekitar peristiwa..

Adam lena dalam dakapan ibu.. 

Selain suami, ibu Puan Aainaa (bertudung hitam berdiri dua dari kiri) juga turut menemani beliau semasa kelahiran dan proses berpantang..

Cenderamata daripada PERWAKILAN..