Saturday, 27 October 2012

Aidil Adha..

Pagi semalam, Jumaat 10 Zulhijah 1433 H bersamaan 26 Oktober 2012 M, warga konsulat Malaysia Frankfurt yang beragama Islam telah berkumpul semula di bangunan konsulat bagi menunaikan solat sunat Aidil Adha. Majlis yang bermula jam 9:00 pagi tersebut diketuai oleh Encik Zulkiply Endut. 

Aidil Adha disambut pada 10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah yang merupakan bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Keistimewaan sambutan Aidil Adha dan Hari Tasyrik terletak pada ibadah korban yang memperingatkan kita tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah SWT.  

Walaupun tiada ibadah korban yang dilakukan kami di sini kali ini, rata-rata yang berhajat memilih untuk mewakilkan ibadah ini kepada keluarga di kampung halaman masing-masing.

Sekitar peristiwa..

Selepas mendengar khutbah hari raya, masing-masing menjamu selera dengan hidangan potluck terancang oleh PERWAKILAN. Antara yang hadir.. pelajar-pelajar Malaysia di perantauan..


Raya pertama buat baby Muhammad Adam yang baru berusia dua bulan.. anak pertama pasangan Puan Nur Aainaa dan Encik Khairul Nizam

PERWAKILAN dan rakan-rakan bergambar bersama.. aktiviti tetap yang dah menjadi tradisi..

Inilah hidangan pilihan kami untuk raya kali ini.. nasi tomato, dalca, ayam goreng, sambal telur, acar buah dan acar mentah..

Tidak ketinggalan.. pencuci mulut daripada kami dan juga rakan-rakan yang hadir.. terima kasih tidak terhingga..

Pelengkap menu raya kali ini, hidangan lontong.. sumbangan Restoran Nur Kuala Lumpur.. terima kasih juga daripada kami..