Lain dari yang..itulah yang dapat disimpulkan mengenai morning coffee kali ini..kebiasaan diadakan di waktu pagi, tetapi kali ini tuan rumah, Cik Rodziah Idris yang juga merupakan Setiausaha PERWAKILAN Frankfurt sessi ini memilih untuk mengadakannya pada waktu tengahari.
Beliau yang bercuti pada hari tersebut berbesar hati menjamu ahli PERWAKILAN yang hadir di kediaman beliau di bandar Frankfurt dengan hidangan istimewa nasi ayam. Memilih Isnin 8 Oktober 2012, majlis dimulakan tepat jam 12:00 tengahari dengan acara makan-makan. Ia diikuti dengan diskusi ringkas mengenai agihan potluck untuk majlis Potluck High-Tea bersama Chef Dato' Ismail Ahmad dan juga agihan potluck untuk Hari Keluarga Frankfurt yang dirancang diadakan dalam masa terdekat. Sebelum bersurai, ahli PERWAKILAN sempat bergambar bersama-sama sebagai kenang-kenangan..
Hadir sama dalam majlis kali ini, Puan Nora dan Cik Siti Hajar