Tuesday 29 July 2014

Setelah sebulan berpuasa, kini kita menyambut Hari Raya!

Majlis Hari Raya Aidilfitri tahun ini, walaupun diadakan secara sederhana, tetapi cukup meriah terutamanya dengan kehadiran beberapa orang pelajar Malaysia di sini. Diadakan pada pagi 28 Julai 2014 di Dewan Tun Ghazali Shafie, Konsulat Jeneral Frankfurt, tetamu dihidangkan dengan juadah istimewa yang disediakan secara potluck oleh ahli Perwakilan. 












Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada ahli-ahli keluarga dan sahabat handai di tanahair tercinta dan perantauan.