Monday 28 July 2014

Selamat menempuhi kehidupan baru di Beijing Puan Karen George Abraham


Pada 17hb Julai 2014, satu majlis perpisahan telah diadakan untuk Encik John Samuel (CG) dan Puan Karen George Abraham sekeluarga. Bertempat di Dewan Tun Ghazali Shafie, Konsul Jeneral Frankfurt, majlis telah bermula sekitar jam 6 petang.

Setelah lebih kurang 3 tahun di Frankfurt, Puan Karen sekeluarga memulakan kehidupan baru di Beijing di mana Encik John Samuel akan memulakan tugas sebagai Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Malaysia di China.


Hidangan makan malam secara potluck telah disediakan oleh ahli Perwakilan Frankfurt. 






Mr. John Samuel memberi sepatah dua kata. 





 Penyampaian cenderahati kepada Puan Karen George Abraham. 



Kami sempat bergambar untuk kenang kenangan.


Goodbyes are not forever,
Goodbyes are not the end,
They simply mean I'll miss you,
Until we meet again.


Kepada Encik John dan Puan Karen, Perwakilan Frankfurt ingin mengucapkan setinggi tinggi perghargaan dan selamat menempuhi kehidupan baru di Beijing. 


27 Julai 2014

Ahli Perwakilan dan beberapa ahli Kelab Malaysia Deutschland telah berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt pada pagi 27 Julai 2014 untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Puan Karen sekeluarga.