Wednesday 18 February 2015

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2015/2016

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2015/2016 telah diadakan pada 17 haribulan Februari di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. 

Sesi Mesyuarat dimulakan pada jam 10 pagi dengan kata aluan oleh Puan Adina Kamarudin selaku Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt. 

Mesyuarat tersebut mengambil masa sekitar 2 jam dan di antara perkara dibincangkan adalah:


  • Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agong PERWAKILAN tahun 2014.
  • Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Sesi 2014 oleh Bendahari.
  • Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2014.
  • Pembubaran AJK PERWAKILAN Frankfurt Sesi 2014 dan Perlantikan AJK PERWAKILAN Frankfurt sesi 2015. 
  • Aktiviti terdekat : Rombongan ke Keukenhof Gardens, Netherlands, aktiviti bowling dan sebagainya. 
  • Lain lain perkara.

Sesi kali ini amat istimewa kerana kami sempat meraikan hari jadi Puan Selvi pada hari ini. Kami juga sempat bertemu dan mengucapkan selamat datang kepada ahli baru iaitu Cik Noramirah Yusoff, Konsul Muda Pendidikan dan Puan Aryanti binti Razali, isteri kepada Penolong Pengarah Tourism Malaysia. 

Puan Adina Kamarudin dan Cik Rodziah Idris telah masing-masing menyediakan cenderahati istimewa untuk disampaikan kepada setiap ahli Perwakilan. Setinggi- tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Adina dan Cik Rodziah. 

Berakhirnya Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt, ahli PERWAKILAN Frankfurt yang hadir telah menjamu selera dengan makanan tengahari yang dibawa secara potluck.









Puan Adina Kamarudin menyampaikan cenderahati kepada ahli Perwakilan. 


 Selamat Hari Jadi Puan Selvi.



 Di antara juadah yang disediakan secara potluck 


Ahli Perwakilan yang hadir pada Sesi Mesyuarat Agong 2015. 




Nota:
Laporan terperinci mengenai mesyuarat ini boleh diperolehi daripada Minit Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2015.