Tuesday 22 March 2016

Mesyuarat Agung PERWAKILAN Frankfurt 2016

Mesyuarat Agung PERWAKILAN Frankfurt 2016 telah di adakan pada hari Rabu, 16hb Mac, 2016 di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsul Jeneral Malaysia, Frankfurt.

Sesi mesyuarat bermula pada pukul 10 pagi dengan ucapan aluan oleh Puan Adina Kamarudin selaku Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt.

Mesyuarat mengambil masa sekitar 2 jam 45 minit dan di antara perkara yang dibincangkan adalah :

  • Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Sesi 2015
  • Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Sesi 2015
  • Pembentangan Laporan Aktiviti-aktiviti Tahunan Sesi 2015
    • Ketua Ajk Masakan - Puan Ling Hashim
    • Ketua Ajk Sosial & Kebudayaan, Agama & Kebajikan - Cik Noramirah Yusoff
  • Pembubaran AJK PERWAKILAN Sesi 2015
  • Perlantikan AJK PERWAKILAN Sesi 2016
  • Perbincangan aktiviti yang terdekat adalah "Taste of the World" yang akan di adakan pada 4hb Jun, 2016 di Internationale Schule Frankfurt Rhein-Main (ISF).
  • Lain-lain perkara

Sebelum sesi mesyuarat berakhir, sesi pertukaran hadiah sesama ahli PERWAKILAN turut di adakan. Setiap ahli PERWAKILAN membawa hadiah yang bernilai 10 euro untuk ditukarkan bersama dengan ahli PERWAKILAN Frankfurt. 

Majlis pertukaran hadiah juga menjadi lebih istimewa apabila Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Adina Kamarudin, Setiausaha PERWAKILAN Frankfurt, Cik Rodziah Idris bersama dengan Ahli PERWAKILAN Frankfurt Puan Rohana Mohd Yunus turut menyampaikan cenderahati kepada setiap ahli PERWAKILAN yang hadir. Setinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Adina, 
Cik Rodziah dan Puan Rohana. 

Tidak juga dilupakan, ucapan terimakasih kepada Bendahari PERWAKILAN Frankfurt, Cik Syarifah Nazreen Farhana Syed Marzuki di atas pemberian cenderahati yang beliau belikan dari lawatan percutian di negara Vietnam kepada semua ahli PERWAKILAN.

Dengan berakhirnya Mesyuarat Agung PERWAKILAN Frankfurt 2016 pada pukul 12.45 tengahari, kesemua ahli PERWAKILAN yang hadir menjamu selera dengan hidangan makanan tengahari yang disediakan secara potluck terancang.


Nota:

Laporan terperinci mengenai Mesyuarat Agung PERWAKILAN Frankfurt 2016 ini boleh diperolehi dari Minit Mesyuarat Agung PERWAKILAN Frankfurt 2016.




Ahli-ahli PERWAKILAN Frankfurt yang hadir pada sesi Mesyuarat Agung 2016





Terima kasih Cik Rodziah dan Puan Rohana.





Terima Kasih Puan Adina di atas pemberian cenderahati ini.




Hadiah -hadiah yang telah dibungkus rapi oleh setiap ahli PERWAKILAN bagi sesi pertukaran hadiah sesama ahli PERWAKILAN.





















Hidangan tengahari yang di sediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN secara potluck terancang.