Wednesday 23 March 2016

Perlawanan Badminton Persahabatan Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt menentang Konsulat Jeneral Indonesia, Frankfurt 2016

Sukan sebagai wadah erat perpaduan dan medium memupuk perpaduan di kalangan masyarakat khususnya. Buat julung pertama kalinya, pada hari Jumaat bertarikh 18hb Mac, 2016  kolaborasi di antara Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt dan Konsulat Jeneral Indonesia di Frankfurt, "Perlawanan Badminton Persahabatan Konsulat Jeneral Malaysia menentang Konsulat Jeneral Indonesia 2016" telah diadakan.

Perlawanan Badminton Persahabatan tersebut bertempat di Sportfabrik, Ginnheimer Strasse 47, 60487 Frankfurt, bermula dari pukul 5:30 petang dan berakhir pada 08:30 malam. Terdapat ramai penyokong yang datang memberi sokongan buat kedua buah pasukan Konsulat Jeneral Malaysia dan Konsulat Jeneral Indonesia. Perlawanan berjalan dengan baik dan program perlawanan di atur dengan cemerlang sekali.

Bagi kelima-lima perlawanan regu badminton persahabatan dimenangi oleh Pasukan Pemain Konsulat Jeneral Indonesia. Setinggi tahniah kami ucapkan. Namun tidak dilupakan buat pasukan Konsulat Jeneral Malaysia kerana memberi persaingan yang baik dan sihat. Tahniah juga kami ucapkan kepada semua pemain dari Konsulat Jeneral Malaysia kerana anda telah memberi yang terbaik. Inilah semangat kesukanan! 

Penyerahan medal kepada pemenang-pemenang dari kedua buah pasukan disampaikan oleh Puan Adina Kamarudin selaku Konsul Jeneral Malaysia, Frankfurt dan juga Ibu Wahyu Hersetiati selaku Kepala Perwakilan Indonesia, Frankfurt. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Adina dan Ibu Wahyu kerana sudi menyampaikan hadiah medal kepada pemenang-pemenang.


Senarai Pemain Regu Badminton dari kedua buah pasukan Konsulat Jeneral Malaysia dan Konsulat Jeneral Indonesia terdiri dari :

Perlawanan Pertama

Encik Syarqawi Muhammad & Encik Rizal Mas (MAS)

menentang

Azizi Khitami & Ariya Aditya (IND)


Perlawanan Kedua

Encik Aroon Kumar & Encik Abu Bakar Mat (MAS)

menentang

Rainer Louhanapessy & Billy Reimas (IND)

Perlawanan Ketiga

Encik Hakeem Mahzan & Cik Nuramirah Yusoff (MAS)

menentang

Nina Reimas & Teuku Azlansyah (IND)

Perlawanan Keempat

Encik Jai Shankar & Encik Anwar Mansor (MAS)

menentang

Heri Heriawan & Aris Wolfram (IND)

Perlawanan Kelima

Encik Mahzan Abdul Samad & Encik Jeremy Seow (MAS)

menentang

Yafie Akhbar & Sophieyan Putra (IND)



Ibu Wahyu Hersetiati & Puan Adina Kamarudin



Perlawanan Badminton Persahabatan Konsulat Jeneral Malaysia 
menentang Konsulat Jeneral Indonesia


Persaingan yang sengit dan sihat dari kedua buah pasukan




Encik Jai Shankar & Encik Syarqawi Muhammad 
(Pemain Badminton dari Pasukan Konsul Jeneral Malaysia)


Encik Rizal Mas (kanan), Pemain Badminton dari Pasukan Konsul Jeneral Malaysia 



Para Pemain memberi sokongan buat kedua buah pasukan




Ahli-ahli PERWAKILAN Malaysia, Frankfurt datang memberi sokongan yang padu buat 
Pasukan Pemain Konsul Jeneral Malaysia


Cik Syarifah Nazreen Farhana Syed Marzuki, selaku pengaturacara/emcee
bagi program Sukan Perlawanan Persahabatan Badminton


Medal emas buat Pemenang Regu Badminton dari Pasukan Konsulat Jeneral Indonesia


Medal perak buat Pemain Regu Badminton dari Pasukan Konsulat Jeneral Malaysia












Majulah Sukan untuk Negara! Semoga kita lebih berjaya di masa akan datang dan jalinan persabahatan di antara kedua buah negara Malaysia dan Indonesia khususnya Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt dan Konsulat Jeneral Indonesia, Frankfurt akan lebih erat, utuh dan harmoni.