Saturday 16 July 2016

Berkelah bersama seisi keluarga PERWAKILAN Frankfurt

 Cik Noramirah Yusoff 
Ketua AJK Sosial Perwakilan, Frankfurt,


Hari ini Sabtu, 16hb Julai, 2016 sekitar jam 11 pagi, kesemua ahli PERWAKILAN dan keluarga yang turut serta di dalam aktiviti picnic bersama-sama dengan Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt sekeluarga telah berkumpul di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt untuk bertolak ke Freizeitpark Oberwaldhaus Am Steinbrucker Teich, Darmstadt.

Objektif perkelahan ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim dan kekeluargaan sesama ahli PERWAKILAN dan juga meluangkan masa kualiti bersama. Idea perkelahan ini dicetuskan oleh Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia, Frankfurt dan direalisasikan oleh Ketua AJK Sosial, Cik Noramirah Yusoff dengan kerjasama dari setiap ahli PERWAKILAN yang turut serta. 

Pelbagai juadah enak telah disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN seperti Nasi Lemak, Ayam Goreng Mamak, Makaroni goreng, Bubur Kacang, Cekodok, Nugget, Hotdog dan Kek Red Velvet. Terima kasih kepada semua ahli PERWAKILAN yang telah bertungkus lumus menyediakan juadah enak untuk aktiviti perkelahan bersama. (Gambar di bawah)


Selain dari itu, suami kepada Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin, Encik Mahzan telah meluangkan masa bermain Mini Golf yang terdapat di Freizeitpark Oberwaldhaus Am Steinbrucker Teich, Darmstadt bersama anakanda beliau Aqeel serta Aqif iaitu anakanda kepada Puan Yaumee.

Ahli-ahli PERWAKILAN dan juga keluarga turut mencuba aktiviti Bootsverleih iaitu 'boating' dengan sampan tretboote yang menggunakan pedal kaki untuk berkayuh seperti di dalam gambar di bawah.


Picnic ini telah membina suasana yang damai dan selesa sesama ahli-ahli PERWAKILAN dan keluarga. Harapan PERWAKILAN agar aktiviti perkelahan ini diadakan dari masa ke semasa bagi mewujudkan sebuah keluarga PERWAKILAN yang berkasih sayang dan harmoni. Aktiviti perkelahan ini selesai pada pukul 5:30 petang.













Bersiar-siar di sekitar Park Freizeitpark Oberwaldhaus Am Steinbrucker Teich, Darmstadt