Tuesday 23 August 2016

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Malawakil Frankfurt



Sambutan Hari Raya telah lama melabuhkan tirainya,
Namun kemeriahan suasana dan juadahnya masih terasa,
PERWAKILAN & MCD turut meraikan dan bekerjasama,
Menyediakan masakan juadah untuk Sambutan Hari Raya



Pada 29hb Julai, 2016 yang lalu, satu sambutan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan di kediaman rasmi Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt,  yang terletak di Bandar Sachsenhausen.

Pelbagai juadah enak telah disediakan dengan kerjasama dari ahli-ahli PERWAKILAN dan juga Malaysian Club Deutschland atau lebih dikenali dengan MCD. Antara juadah yang disediakan adalah nasi tomato, kari kambing, rendang tok, roti canai bersama kuah dalca, satay bersama kuah kacang, lodeh dan Air Batu Campur (ABC).

Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini bermula pada pukul 4 petang sehingga 6 petang kepada tetamu khas atau jemputan rasmi. Manakala pada pukul 6 petang sehingga 9 malam terbuka kepada rakyat Malaysia khususnya yang berada di Frankfurt dan Germany.