Sunday 28 August 2016

Lawatan 'Sehati Sejiwa' ke Bamberg


Sempena bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 59 tahun, PERWAKILAN Malaysia di Frankfurt telah menganjurkan lawatan sambil belajar dengan menyahut tema hari Kebangsaan 'Sehati Sejiwa' ke tempat pelancongan domestik yang terkenal di Bamberg yang beralamat di An der Heinstrasse, 96047, Bamberg, Germany.

Lawatan telah diatur oleh Bendahari Perwakilan, Cik Sharifah Nazreen Farhana Syed Marzuki atau lebih dikenali dengan Cik Reen. Sekalung terima kasih PERWAKILAN ucapkan di atas usaha murni Cik Reen untuk menguruskan perancangan dan perjalanan ke Bamberg pada hari Sabtu, 27hb Ogos, 2016. Terima kasih juga dipanjangan kepada Yang Berbahagia Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin di atas cetusan idea untuk mengadakan lawatan sempena bulan Kemerdekaan Malaysia 2016.

Perjalanan lawatan ke Bamberg Park mengambil masa selama 2 jam 50 minit dan sebaik sampai ke Bamberg, PERWAKILAN telah mengadakan piknik bersama ahli-ahli PERWAKILAN dan keluarga sambil menikmati keindahan persekitaran bandar Bamberg yang dikenali sebagai 'little Venice'.

PERWAKILAN juga turut mengunjungi bandar Bamberg atau 'Zentrum Bamberg' untuk membeli cenderahati dan berkumpul beramai-ramai untuk sesi mengibar Jalur Gemilang.

Sesi Lawatan ini meninggalkan seribu kenangan dan pengalaman yang beharga bagi kesemua ahli PERWAKILAN dan keluarga.


Jalur Gemilang dikibarkan dengan penuh rasa kasih sayang 
dan bangga kepada Negara Tercinta Malaysia