Monday 12 September 2016

Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha 1437 hijrah


Keluarga Besar PERWAKILAN Malaysia di Frankfurt


Salam 10 Zulhijah 1437 hijrah bersamaan 12hb September, 2016 dari kesemua keluarga PERWAKILAN di Frankfurt, Germany.


Satu Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha telah di adakan pada hari ini di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt bagi meraikan kehadiran hari yang mulia 10 Zulhijah yang bertempat di Dewan Makan Tun Ghazalie Shafie. Pelbagai juadah enak telah disediakan oleh setiap ahli PERWAKILAN bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha ini dan diantaranya adalah Nasi Pulao bersama Raita, Ayam Rendang bersama Ketupat Palas, Kari Kambing, Beehon Goreng, Sayur Londeh, Nasi Impit bersama kuah kacang dan Ayam Masak Merah. Terima Kasih diucapkan buat kesemua ahli PERWAKILAN yang telah memberi kerjasama yang baik bagi meraikan sambutan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini.

Majlis Hari Raya ini dimulakan dengan Solat Sunat Hari Raya AidilAdha pada seawal 08:30 pagi dan diikuti dengan Khutbah Hari Raya AidilAdha. Jamuan Hari Raya pula diadakan sebaik sahaja selesai Solat Sunat Hari Raya dan Khutbah Hari Raya. Sambutan Hari Raya AidilAdha ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran beberapa pelajar tajaan JPA & MARA serta sahabat PERWAKILAN dari Malaysian Club Deutschland, Puan Presiden Rosita Rahman-Heilek dan juga Ibu kepada ahli PERWAKILAN, Puan Sharida Ahmad Shahidan. Terima Kasih PERWAKILAN ucapkan kepada semua yang sudi hadir melapangkan Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini.

























Nota:

Majlis Sambutan Hari Raya Aidildha bermula pada pukul 08:30 pagi dan berakhir pada pukul 11:30 pagi.