Sunday 18 September 2016

Sepetang BBQ bersama di kediaman rasmi Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia sempena Sambutan Hari Malaysia


Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin, PERWAKILAN &  Malaysian Club Deutschland mengucapkan Selamat Hari Malaysia buat seluruh warga Malaysia di mana jua anda berada. 



Pada hari Jumaat yang baru berlalu, 16hb September, 2016, Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin dan keluarga telah berbesar hati menjemput PERWAKILAN dan keluarga untuk bersama meraikan Hari Malaysia di kediaman rasmi Konsulat Jeneral Malaysia yang terletak di Bandar Sachsenhausen, Frankfurt.

Sepetang BBQ bersama ini telah berjaya menyatukan "keamanan dan keharmonian" di dalam jiwa kami semua warga Malaysia. Berkumpul bersama dan menikmati jamuan BBQ ini telah mengeratkan perhubungan dan tali silatulrahim di antara ahli PERWAKILAN, keluarga serta sahabat-sahabat di Malaysian Club Deutschland.

Kepada semua yang telah hadir memeriahkan Hari Malaysia ini, PERWAKILAN mengucapkan terima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk bersama meraikan Hari Malaysia 2016. Sekalung kasih dan sayang buat Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin di atas kesudian menjemput PERWAKILAN untuk menikmati petang BBQ bersama sempena Hari Malaysia 2016.