Saturday 5 November 2016

Sambutan Deepavali 2016 di kediaman Encik S. Sivasuryarmoorthy & Puan Dhamayanthy


Indahnya Malam Sabtu di Sachsenhausen, Germany
Lampu Bewarna Warni Menghiasi Kediaman di sini,
Terima Kasih tuan rumah Encik Siva dan Puan Selvy,
Di atas jemputan sambutan makan malam Deepavali.


Malam yang dinanti-nantikan telahpun kunjung tiba. Yang Berbahagia Encik Siva, Pengarah MIDA di Frankfurt, Germany bersama isterinya Puan Dhamayanthy ataupun lebih dikenali dengan Puan Selvy telah berbesar hati menjemput PERWAKILAN dan keluarga ke kediaman beliau yang terletak di Bandar Sachsenhausen untuk makan malam sempena sambutan Deepavali 2016. 

Hidangan yang enak telah disediakan oleh Puan Selvy. Pelbagai juadah istimewa seperti kari ikan, kari ayam. ayam goreng berempah, kari kambing dan sayur campur bersama kuih muih tradisional India seperti Maruku dan seumpamanya. Tosei panas-panas dari dapur Puan Selvy menjadi tarikan utama pada malam itu.

Sambutan Deepavali di kediaman Encik Siva dan Puan Selvy ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin bersama keluarganya. 

Puan Selvy sedang menyediakan tosei panas dari dapur beliau

Tuan Rumah, Encik Siva (kiri) bersama Encik Mohamed Amin Yahya








Nota:

Keluarga Encik Mohamed Amin Yahya & Puan Sharida ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Rumah, Encik Siva & Puan Selvy di atas sambutan Hari Jadi anak beliau, Mohamed Irfan Ismail yang ke 13 tahun pada malam yang istimewa ini.