Friday 23 December 2016

Morning Coffee di Kediaman Cik Rodziah Idris


Pada hari Isnin yang baru-baru ini, bertarikh 19hb Disember, 2016 Cik Rodziah Idris ataupun lebih dikenali dengan Kak Rod atau Kak G yang merupakan Setiausaha PERWAKILAN telah berbesar hati menjemput setiap ahli PERWAKILAN ke kediaman beliau yang beralamat di An Den Geiselwiesan, Frankfurt untuk jamuan Morning Coffee. Ini juga merupakan event social gathering Morning Coffee yang terakhir pada tahun 2016.

Cik Rodziah Idris telah menyediakan juadah Nasi Lemak yang enak di atas permintaan ahli-ahli PERWAKILAN berserta roti jala yang menjadi sebutan sehingga kini.

PERWAKILAN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Rodziah di atas kesudian menjemput dan menjamu juadah yang lazat. PERWAKILAN juga mengambil kesempatan dan ruang yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru bagi kesemua ahli PERWAKILAN dan keluarga. 

Semoga Tahun Baru 2017, PERWAKILAN dan keluarga akan lebih maju jaya, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. 



Cik Rodziah Idris, berdiri nombor dua dari kiri bersama 
Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin 
serta ahli-ahli PERWAKILAN yang hadir memeriahkan Morning Coffee
 di kediaman Setiausaha PERWAKILAN.