Sunday 18 September 2016

Sepetang BBQ bersama di kediaman rasmi Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia sempena Sambutan Hari Malaysia


Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin, PERWAKILAN &  Malaysian Club Deutschland mengucapkan Selamat Hari Malaysia buat seluruh warga Malaysia di mana jua anda berada. 



Pada hari Jumaat yang baru berlalu, 16hb September, 2016, Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin dan keluarga telah berbesar hati menjemput PERWAKILAN dan keluarga untuk bersama meraikan Hari Malaysia di kediaman rasmi Konsulat Jeneral Malaysia yang terletak di Bandar Sachsenhausen, Frankfurt.

Sepetang BBQ bersama ini telah berjaya menyatukan "keamanan dan keharmonian" di dalam jiwa kami semua warga Malaysia. Berkumpul bersama dan menikmati jamuan BBQ ini telah mengeratkan perhubungan dan tali silatulrahim di antara ahli PERWAKILAN, keluarga serta sahabat-sahabat di Malaysian Club Deutschland.

Kepada semua yang telah hadir memeriahkan Hari Malaysia ini, PERWAKILAN mengucapkan terima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk bersama meraikan Hari Malaysia 2016. Sekalung kasih dan sayang buat Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin di atas kesudian menjemput PERWAKILAN untuk menikmati petang BBQ bersama sempena Hari Malaysia 2016.




















Monday 12 September 2016

Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha 1437 hijrah


Keluarga Besar PERWAKILAN Malaysia di Frankfurt


Salam 10 Zulhijah 1437 hijrah bersamaan 12hb September, 2016 dari kesemua keluarga PERWAKILAN di Frankfurt, Germany.


Satu Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha telah di adakan pada hari ini di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt bagi meraikan kehadiran hari yang mulia 10 Zulhijah yang bertempat di Dewan Makan Tun Ghazalie Shafie. Pelbagai juadah enak telah disediakan oleh setiap ahli PERWAKILAN bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha ini dan diantaranya adalah Nasi Pulao bersama Raita, Ayam Rendang bersama Ketupat Palas, Kari Kambing, Beehon Goreng, Sayur Londeh, Nasi Impit bersama kuah kacang dan Ayam Masak Merah. Terima Kasih diucapkan buat kesemua ahli PERWAKILAN yang telah memberi kerjasama yang baik bagi meraikan sambutan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini.

Majlis Hari Raya ini dimulakan dengan Solat Sunat Hari Raya AidilAdha pada seawal 08:30 pagi dan diikuti dengan Khutbah Hari Raya AidilAdha. Jamuan Hari Raya pula diadakan sebaik sahaja selesai Solat Sunat Hari Raya dan Khutbah Hari Raya. Sambutan Hari Raya AidilAdha ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran beberapa pelajar tajaan JPA & MARA serta sahabat PERWAKILAN dari Malaysian Club Deutschland, Puan Presiden Rosita Rahman-Heilek dan juga Ibu kepada ahli PERWAKILAN, Puan Sharida Ahmad Shahidan. Terima Kasih PERWAKILAN ucapkan kepada semua yang sudi hadir melapangkan Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini.

























Nota:

Majlis Sambutan Hari Raya Aidildha bermula pada pukul 08:30 pagi dan berakhir pada pukul 11:30 pagi.



Sunday 4 September 2016

Mesyuarat Perwakilan Frankfurt


Pada Hari Jumaat yang lalu, 2hb September, 2016, PERWAKILAN Frankfurt telah mengadakan  satu Mesyuarat yang ke-2 pada tahun 2016 ini bagi membincangkan beberapa perkara yang berbangkit dan juga aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada bulan September, Oktober dan November 2016.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin di Bilik Mesyuarat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Pada mesyuarat tersebut juga, sesi perkenalan dengan ahli baru Perwakilan Frankfurt Puan Yaumee Hayati Binti M. Nawi turut diadakan. Selamat Datang kami ucapkan, semoga perhubungan kita sesama ahli PERWAKILAN Frankfurt sentiasa di dalam keadaan yang sihat dan harmoni.

Di bawah ini disertakan senarai aktiviti dan tarikh yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat PERWAKILAN Frankfurt, 2hb September, 2016 ;-

  1. 12hb September :  Sambutan Aidil Adha di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt
  2. 16hb September :  BBQ sempena Hari Malaysia di kediaman Yang Berbahagia Konsul Jeneral                              Malaysia, Frankfurt
  3. 18hb Oktober:      Jom Cucuk Sate sempena 'Food Promotions' bersama Chef Ismail
  4. 24hb Oktober:      Farewell Potluck Dinner buat Cik Sharifah Nazreen (Bendahari Perwakilan)
  5. 26hb Oktober:      PERWAKILAN Farewell Lunch buat Cik Sharifah Nazreen
  6. 5hb November:    Sambutan Deepavali di Kediaman En. Siva & Puan Selvy


Ahli - ahli PERWAKILAN Frankfurt sedang menjamu selera Makan Tengahari
sebaik selesai mesyuarat


Potluck terancang Nasi Lemak bersama lauk pauk yang telah disediakan 
oleh setiap ahli PERWAKILAN



Nota:
Mesyuarat bermula pada pukul 11:00 pagi dan berakhir pada pukul 12:30 tengahari.