Saturday 29 April 2017

Sepetang Birthday BBQ di Kediaman Rasmi Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia



Sungguh Indah Bandar Sachsenhausen Pada Hari ini,
Bunga Berkembang Mekar & Sang Suria Menyinari,
Juadah BBQ adalah Tema Majlis Sambutan Hari Jadi,
Yg Berbahagia Puan Adina berdiri Anggun Manis Berseri


Ahli-ahli PERWAKILAN bersama Malaysian Club Deutschland turut hadir memeriahkan suasana Sepetang Birthday BBQ di Kediaman Rasmi Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt


Pada pukul 1 tengahari sebentar tadi, berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Jadi Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin di kediaman rasmi beliau yang terletak di Bandar Sachsenhausen. Di kesempatan dan ruang ini, PERWAKILAN ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan dari Yang Berbahagia Puan Adina sekeluarga kepada ahli-ahli PERWAKILAN dan keluarga ke kediaman rasmi Konsul Jeneral Malaysia bagi meraikan Majlis Birthday BBQ. PERWAKILAN juga ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun buat Yang Berbahagia Puan Adina, semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dilimpahi dengan kasih sayang dan dipermudahkan segala urusan.

Istimewanya Majlis Birthday BBQ ini, sahabat-sahabat dari Malaysian Club Deutschland atau lebih dikenali dengan MCD turut dijemput hadir bagi mengikatkan tali silatulrahim di antara ahli-ahli dan keluarga PERWAKILAN. Majlis Birthday BBQ ini disempurnakan dengan kejutan 'surprise birthday treat' dari MCD buat Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin.

Di Majlis yang sama, Konsulat Malaysia di Frankfurt turut mengadakan rakaman Cinta Malaysia melalui 'Ekspresi Negaraku'. Rakaman ini merupakan inisiatif yang bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara dalam diri rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli dan keluarga PERWAKILAN serta sahabat-sahabat MCD yang hadir.











Nota :

Hari Ulangtahun Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin adalah pada hari Isnin, 24hb April 2017. Majlis Birthday BBQ ini diraikan di kediaman rasmi Konsul Jeneral Malaysia, pada hari Sabtu petang 29hb April 2017 khas untuk Sepetang Bersama dengan ahli-ahli PERWAKILAN dan keluarga serta sahabat-sahabat dari Malaysian Club Deutchland. 

Juadah Istimewa di  Majlis Birthday BBQ: Laksa Johor, Kambing Bakar, Beehon Goreng, Nasi Goreng, Sosej Ayam bakar, Bebola Ikan bakar, Udang bakar, Ayam Bakar, Kek, Kuih Muih & Pemanis Mulut.