Friday 18 August 2017

Mesyuarat Perwakilan Frankfurt Bil. 3/2017


Pada hari ini bertarikh 18hb Ogos 2017, PERWAKILAN Frankfurt telah mengadakan Mesyuarat yang ke - 3 pada tahun 2017 ini bagi membincangkan beberapa perkara yang berbangkit dan juga aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada bulan Ogos & September 2017.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin di Bilik Mesyuarat Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Mesyuarat Perwakilan Frankfurt Bil. 3/2017 bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 12:00 tengahari.

Di bawah ini disertakan perkara yang berbangkit dan perbincangan yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Perwakilan Frankfurt Bil. 3/2107 :-
  1. Perbincangan mengenai Gala Dinner 2017 :  Pengerusi menjemput ahli-ahli Perwakilan untuk turut serta di dalam acara tersebut yang akan diadakan pada hari Sabtu, 2hb September 2017 dan kos di tanggung sepenuhnya oleh Perwakilan Malaysia di Frankfurt. 
  2. Jom Cucuk Sate sempena Gala Dinner 2017 akan diadakan di kediaman Puan Ling Hassim pada hari Jumaat, 31hb Ogos 2017 sekitar pukul 11 pagi. Perwakilan bersetuju untuk membantu menyediakan Potluck lunch bagi memeriahkan acara mencucuk sate beramai-ramai.
  3. Bertugas di Marriot Hotel Frankfurt sempena Gala Dinner 2017 : Ahli - ahli Perwakilan diberi peluang sekali lagi untuk membantu Dato' Chef Ismail dan Executive Chef Thomas Fahr di bahagian dapur Hotel Marriot, Frankfurt sempena berlangsungnya Gala Dinner. Tugasan bermula pada pukul 9 pagi - 12 tengahari, pada hari Sabtu, 2hb September 2017.

Terima kasih PERWAKILAN ucapkan kepada Yang Berbahagia Pengerusi Perwakilan, Puan Adina Kamarudin kerana sudi menyediakan Laksa Utara yang enak buat ahli-ahli Perwakilan yang hadir pada mesyuarat hari ini.