Thursday 10 August 2017

Perwakilan Appreciation & Farewell lunch


Hari ini 10hb Ogos 2017, Yang Berbahagia Pengerusi Perwakilan, Puan Adina Kamarudin telah berbesar hati untuk meraikan setiap ahli Perwakilan Frankfurt dengan menganjurkan Perwakilan Appreciation Lunch di Sakura Wine & More Restaurant Objektif utama adalah untuk memberi penghargaan kepada setiap ahli Perwakilan di atas segala keringat sepanjang berkhidmat di dalam Perwakilan Malaysia di Frankfurt sepanjang tahun 2017. Syabas Perwakilan! semoga kita terus saling bantu membantu dan menjayakan aktiviti serta program Perwakilan dengan cemerlang.

Selain itu, Perwakilan juga turut meraikan farewell lunch buat ahli Perwakilan yang dikasihi, Puan Dhamayanthy Singaram atau lebih dikenali dengan Puan Selvi  di mana beliau akan pulang ke tanah air Malaysia pada 12hb Ogos 2017. Perwakilan sangat menghargai segala jasa dan budi Puan Selvi sepanjang beliau bersama di dalam Perwakilan. Kami di Perwakilan mendoakan agar Puan Selvi sekeluarga dipermudahkan urusan di Malaysia dan ketiga-tiga anakanda Puan Selvi berjaya di dalam mengejar impian dan cita-cita mereka. 

Perwakilan Appreciation & Farewell lunch bermula pada pukul 12:45 tengahari dan bersurai pada pukul 2:30 petang.


Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt merangkap Pengerusi Perwakilan, 
Puan Adina Kamarudin menyerahkan saguhati kepada Puan Selvi.


Cik Hasnani. setiausaha Perwakilan bersama Encik Rahman turut memberi hadiah perpisahan kepada Puan Selvi.




 
















Nota :

Puan Dhamayanthy Singaram atau lebih dikenali dengan Puan Selvi telah tiba di Frankfurt pada 27hb Julai 2013 mengikuti suami Encik S. Sivasuryarmoorthy yang berkhidmat di bawah Agensi MIDA Frankfurt sebagai Konsul Pelaburan. Puan Selvi bersama Encik Siva telah dikurniakan (3) cahayamata bernama Dhinesh Pravind, Manojh Pravind dan Thivyesh Pravind. Puan Selvi telah menjadi ahli Perwakilan semenjak tahun 2013 sehingga 2017. Sepanjang beliau di dalam Perwakilan Frankfurt, Puan Selvi telah memegang tugas sebagai Bendahari dan AJK Masakan. 



Sabtu, 12hb Ogos

Kepada AJK Masakan Perwakilan yang dikasihi dan seisi keluarga Puan Dhamayanthy Singaram atau lebih mesra dengan sapaan Puan Selvi, PERWAKILAN ingin mengucapkan Selamat Berangkat Pulang ke Malaysia! Semoga segala perancangan dan urusan sekembalinya ke tanah air dipermudahkan. Sampai kita berjumpa lagi di masa-masa akan datang.

Best wishes always, Forget us not Madam Selvi!