Thursday 12 October 2017

Jemputan ke Perwakilan Morning Coffee di bulan September & Oktober 2017




 Jemputan Minum Petang 'Tema Potluck Celup-celup Tepung' di Kediaman Cik NorAmirah Yusoff
pada hari Ahad, 17hb September, 2017 di Frankfurt, Am Main.


Jemputan Makan Tengahari & Menyambut Hari Ulangtahun anakanda Mohamed Isamir yang ke 21 tahun di kediaman Encik Mohamed Amin Yahya & Puan Sharida Ahmad Shahidan
pada hari Selasa, 19hb September, 2017 di Oberursel.


Jemputan Morning Coffee/Brunch 'Tema Mee Kolok Original' dari dapur Chef Ling di Kediaman Encik Syarqawi & Puan Ling Hassim pada hari Khamis, 12hb Oktober 2017 di Haeberlinstrasse.


Perwakilan dengan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketiga-tiga ahli Perwakilan yang dikasihi Cik Noramirah Yusoff atau lebih dikenali dengan Cik Miera (Bendahari Perwakilan), Puan Sharida Ahmad Shahidan atau lebih mesra dengan panggilan Puan Sherry (Webmaster Perwakilan) & Puan Ling Hassim (Chef Ling) di atas jemputan morning coffee yang telah dipanjangkan kepada setiap ahli Perwakilan dan keluarga.

Program menganjurkan Majlis Makan di kediaman ahli-ahli PERWAKILAN sangat digalakkan bagi mengeratkan hubungan di antara ahli-ahli PERWAKILAN dan keluarga. Walaupun anjuran majlis makan di adakan secara bersederhana, yang penting objektif untuk mengukuhkan tali persaudaraan, meraikan kerjasama sesama ahli Perwakilan & mendapatkan kata sepakat di dalam perbincangan tercapai. 

Di bawah ini disertakan perkongsian gambar; memori yang telah dirakam sepanjang majlis berlangsung.

  • 17hb September, 2017, di kediaman Cik Noramirah Yusoff

  • 19hb September, 2017, di kediaman Puan Sharida Ahmad Shahidan


















  • 12hb Oktober 2017, di kediaman Puan Ling Hassim