Sunday 21 January 2018

Majlis Makan Malam - Meraikan kedatangan Puan Yang Terutama Datin Sarah Nava Rani Albakri Devadason.


Sempena lawatan bekerja oleh H.E. Ambassador Datin Sarah Al Bakri Devadason bagi mempengerusikan The Meeting of Heads of Department di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt pada hari Isnin, 22hb Januari 2018, Majlis Makan Malam telah di adakan terlebih dahulu pada hari Ahad, 21hb Januari 2018 bertempat di Dewan Makan Tun Ghazalie Shafie bagi meraikan kedatangan Puan Yang Terutama Datin Sarah Nava Al Bakri Devadason. 


Selamat Datang Perwakilan ucapkan kepada Puan Yang Terutama Datin Sarah Al Bakri Devadason dan pegawai-pegawai dari Kedutaan Malaysia di Berlin, Heads of Deparment dari agensi MIDA di Munich dan Jabatan Perdana Menteri di Berlin. Terima Kasih buat kesemua yang telah hadir pada malam ini Ahad, 21hb Januari 2018 bagi memeriahkan Majlis Makan Malam yang bertempat di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt.

PERWAKILAN sangat berbesar hati menerima kunjungan Puan Yang Terutama Datin Sarah Al Bakri Devadason ke Frankfurt dan berkesempatan mengenali beliau, menerima pandangan serta nasihat. 

Di kesempatan ini PERWAKILAN ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik Mukundan Madavan di atas anjuran Majlis Makan Malam yang istimewa ini.  Sekalung kasih sayang buat kesemua ahli Perwakilan yang telah memberi kerjasama yang baik di dalam menyediakan juadah yang enak dan lazat secara potluck terancang. Ucapan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat PERWAKILAN dari Malaysia Club Deutschland (MCD) dan 1Malaysia & Friends Germany (1MfG) yang turut hadir pada malam ini. 

Berikut adalah perkongsian memori sekitar Majlis Makan Malam anjuran Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik Mukundan Madavan;-



H.E. Ambassador Datin Sarah Al Bakri Devadason (berdiri no. 5 dari kanan) bersama dengan ahli-ahli PERWAKILAN.






























Nota :

Majlis Makan Malam yang istimewa ini bermula pada pukul 7 petang dan berakhir pada pukul 9:30 malam.