Friday 22 June 2018

MAJIS IFTAR DAN TAHLIL

Perwakilan Malaysia–Frankfurt telah menerima jemputan undangan ke Majlis Iftar dan Tahlil daripada dua orang ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt iaitu Puan Ling Hassim dan Cik Noramirah Yusuff.  Jemputan tersebut berlangsung hanya selang sehari sahaja.


Jemputan Pertama

Dimulai oleh Puan Ling Hassim.  Beliau telah berbesar hati menjemput semua para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt dan keluarga masing-masing untuk hadir ke Majlis Iftar dan Tahlil.

Majlis Iftar dan Tahlil telah berlangsung pada 1 haribulan Jun 2018 di kediaman beliau.

Majlis bermula pada pukul 8.30 malam dan dimulai dengan majlis tahlil untuk allahyarhamah bonda Puan Ling Hassim. Majlis diketuai dengan bacaan doa oleh suami Puan Ling Hassim sendiri iaitu Encik Syarqawi Muhammad.




Selepas selesai bacaan doa, majlis iftar pun bermula. Tuan rumah telah mempersilakan tetamu menjamu selera dengan hidangan nasi minyak ala Terengganu bersama gulai daging. Hidangan lain pula adalah seperti udang celup tepung, sayur goreng Spargel, gulai kambing dan ayam goreng. Manakala pencuci mulut pula adalah ‘taufufah’.







Di antara menu lain pula adalah sumbangan daripada para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt iaitu bergedil ‘vege’, pecal kacang, ayam panggang, bubur kacang, agar-agar, kek dan buahan.










Kesempatan berkumpul bersama semua para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt, Puan Ling Hassim telah menyuarakan hasrat untuk mengadakan program rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang kunjung tidak lama lagi. Majlis tersebut akan turut disertai oleh keluarga masing-masing dan juga para pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta Majlis Amanah Rakyat (MARA). Program tersebut akan berlangsung di Dewan Tun Ghazali Shafie , Pejabat Konsult Jeneral Malaysia-Frankfurt.  

Puan Ling Hassim juga mengambil kesempatan untuk membincangkan menu hidangan yang akan dimasak oleh para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt bagi program tersebut nanti.

Berakhirnya sesi perbincangan bersama para ahli Perwakilan Malaysia-Frakfurt, majlis iftar dan tahlil pun menutup tirai dan bersurai pada pukul 11.30 malam.



Jemputan Kedua

Cik Noramirah Yusuff juga telah menyuarakan hasrat hati menjemput para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt dan keluarga untuk hadir ke Majis Iftar di kediaman beliau.

Jemputan dipanjangkan oleh beliau sendiri semasa di kediaman Puan Ling Hassim sehari sebelum majlis tersebut berlangsung iaitu 2 haribulan Jun 2018.

Antara menu hidangan adalah nasi minyak, kurma kambing, jelatah, ‘Yong Tau Fu’. 









Menu hidangan lain pula adalah sumbangan para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt iaitu sup daging, mee kari, roti bom, puding buahan, pai ayam, aiskrim milo dan buah-buahan.







Majlis telah berakhir dan bersurai pada pukul 11.00 malam.



Dilampirkan foto-foto memori di kedua-dua majlis tersebut.

Di kediaman Puan Ling Hassim




Di kediaman Cik Noramirah Yusuff





Perwakilan Malaysia-Frankfurt mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ahli Perwakilan, Puan Ling Hassim dan Cik Noramirah Yusuff di atas jemputan dan kesudian menganjurkan program Majlis Iftar dan Tahlil.  Semoga dimurahkan rezeki bagi kedua-dua ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt.

Tschuss!!! Vielen Dank!!!