Saturday, 28 April 2012

Purple Morning Coffee ~ Puan Sarinah Ali

Morning coffee ungu diberi nama.. kali ini dihostkan oleh Puan Sarinah Ali semalam, Jumaat 27 April 2012 jam 10:00 pagi di kediaman beliau di Friedrichsdorf. Dalam majlis morning coffee kali ini, semua ahli yang hadir telah berkesempatan mempelajari cara-cara membuat laksam Kelantan. Terima kasih kami kepada Puan Sarinah sebagai tuan rumah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Puan Rahizam kerana sudi meluangkan masa menunjukcara.

Tuesday, 3 April 2012

Kelas Masakan PERWAKILAN

Kelas Masakan anjuran bersama PERWAKILAN Frankfurt - MCD (Malaysian Club Deutschland e.V.) telah diadakan di kediaman rasmi Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt pada Isnin, 2 April 2012 jam 10:30 pagi. 'Hands on' aktiviti yang telah disertai oleh ahli-ahli PERWAKILAN Frankfurt dan beberapa ahli MCD ini telah dikendalikan oleh Chef Claude. Selain menambah ilmu di dada, aktiviti yang julung kali diadakan seumpamanya ini  juga telah berjaya mengukuhkan lagi ukhuwah di kalangan ahli.

Friday, 2 March 2012

Morning Coffee dan Farewell Puan Norsyika Diana

Jumaat, 2 Mac 2012.. dua dalam satu.. begitulah ungkapan yang selalu diberi.. Majlis Morning Coffee bulanan juga Majlis Perpisahan Konsulat untuk Puan Norsyika Diana Che Othman dan keluarga telah diadakan serentak pada pagi tadi di Bangunan Konsulat Malaysia di Frankfurt. Majlis tersebut telah diadakan jam 11 pagi bagi memberi laluan untuk kepada kaum muslimim mengerjakan solat Jumaat pada waktu tengaharinya..

Saturday, 11 February 2012

Kegembiraan Berganda..

Hadirnya menambah seri dalam keluarga.. Fatima Zahra nama diberi.. bayi comel Puan Norsyika Diana seberat 3.3kg ini lahir normal pada pagi Khamis, 12 Januari lepas di salah sebuah hospital di bandar Frankfurt. Bertujuan bertanya khabar dan mendengar cerita, PERWAKILAN Frankfurt diketuai oleh Puan Karen George Abraham telah pergi bersama-sama melawat Puan Norsyika dan anak di kediaman beliau di Oberursel semalam, Jumaat 10 Februari 2012. Sentiasa ceria dan murah senyuman, Puan Norsyika menyambut kami dengan tangan terbuka.

Untuk Puan Norsyika dan suami.. tahniah sekali lagi diucapkan..kami doakan semoga Fatima Zahra menjadi anak yang solehah.. penyejuk hati ibu dan ayah..

Fatima Zahra yang comelnya..

Tuesday, 7 February 2012

Maulud Nabi


Hari ini, Selasa 7 Februari 2012 keluarga besar Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt berkumpul lagi di bangunan pejabat.. kali ini untuk sama-sama meraikan Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Ahad lepas 5 Februari 2012 M / 12 Rabiulawal 1433 H. Majlis yang bermula jam 5:30 petang itu didahului dengan sembahyang maghrib berjemaah, tazkirah diikuti dengan bacaan yassin dan selawat ke atas rasul. Selesai berselawat, masing-masing menjamu selera yang dibawa khas oleh PERWAKILAN secara pot-luck terancang.