Monday, 30 March 2015

Aktiviti Bowling bersama Diaspora Malaysia di Frankfurt

Perwakilan Frankfurt telah menganjurkan Aktiviti Bowling bersama Diaspora Malaysia di Frankfrut pada 29 haribulan March 2015 di Bowling und Kegelzentrum, Rebstock, Frankfurt. Bermula pada jam 4.30 petang, sesi ini memberi peluang bagi ahli Perwakilan dan keluarga untuk mengenali dan mendampingi diaspora Malaysia di Frankfurt. 


Jom bergambar! 

Kanak-kanak juga tidak ketinggalan beraksi! 

Wajah kegembiraan jelas di muka setiap individu yang hadir!


Diantara pemenang bagi sesi ini ialah: 

Pemenang TOP 3
1. Mr. Ramesh Jackson
2. Encik Abu Bakar Mat 
3. Encik Syarqawi Mohammad 


Pemenang Kategori Wanita
Puan Rosita Heilek

Pemenang Kategori Lelaki 
Mr. Ramesh Jackson

Aksi Terbaik
Puan Sheila Amend 
Encik Marc Schneider

Skor Istimewa 
Puan Sheila Behnke 
Mr. Uwe Fischer 









Monday, 9 March 2015

Aktiviti Bowling Ahli Perwakilan dan Keluarga

Aktiviti pertama yang dianjurkan oleh Perwakilan Frankfurt bagi sesi 2015 ialah Aktiviti Bowling. Bermula pada jam 4 petang pada hari Ahad, 8 March 2015, aktiviti ini telah diadakan di Bowling und Kegelzentrum, Rebstock, Frankfurt yang terletak berhampiran dengan Konsulat Malaysia. 

11 orang pemain telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan  pemenang bagi kategori lelaki ialah Encik Abu Bakar Mat (408 mata) sementara Cik Noramirah Yusoff (362 mata) muncul juara bagi kategori wanita. 





Di antara ahli serta ahli keluarga yang hadir pada sesi bowling. 








Saturday, 28 February 2015

Makan Malam Tahun Baru Cina di kediaman Encik Syarqawi Mohammad & Puan Ling Hassim

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, Puan Ling Hassim dan Encik Syarqawi Mohammad telah menjemput ahli Perwakilan dan keluarga ke kediaman mereka di Ginnheim, Frankfurt am Main pada 27hb Februari 2015.  Majlis makan malam tersebut telah bermula dari jam 6.30 petang.  

Berasal dari negeri Sarawak Bumi Kenyalang, ibu bapa Puan Ling berketurunan Cina Muslim. Khas untuk jamuan Tahun Baru Cina pada malam tersebut, beliau telah menyediakan pelbagai juadah keturunan cina seperti nasi ayam Hainan, ayam goreng rangup, five treasure mushrooms, asam pedas ikan, sayur campur dan laksa Sarawak. Beliau  juga telah menyediakan kuih muih seperti tat nenas dan kuih lapis nyonya serta kek masam manis sisik ikan dan red velvet cream cheese cake. Hebat betul bakat memasak Puan Ling! Kami amat berterima kasih kepada Puan Ling kerana menjemput kami untuk makan malam di kediaman beliau. 





 Di antara tetamu yang hadir







Pelbagai juadah enak yang disediakan olen Puan Ling. 


Thursday, 26 February 2015

Radin Mikhael Nuqmann, putera kesayangan Puan Elmy Marina Mohamad dan Encik Radin Shah Izuan

Pada 26 February 2015, Puan Elmy Marina Mohamad, Konsul Muda MIDA dan Encik Radin Shah Izuan, telah dikurniakan cahaya mata kedua. Putera comel yang diberi nama Radin Mikhael Nuqmann bin Radin Shah Izuan, dilahirkan seberat 3.16kg di Hospital Sachsenhausen Krankenhaus, Frankfurt. 

Tahniah diucapkan kepada Puan Elmy dan Encik Radin. 




Wednesday, 18 February 2015

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2015/2016

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2015/2016 telah diadakan pada 17 haribulan Februari di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. 

Sesi Mesyuarat dimulakan pada jam 10 pagi dengan kata aluan oleh Puan Adina Kamarudin selaku Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt. 

Mesyuarat tersebut mengambil masa sekitar 2 jam dan di antara perkara dibincangkan adalah:


  • Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agong PERWAKILAN tahun 2014.
  • Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Sesi 2014 oleh Bendahari.
  • Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2014.
  • Pembubaran AJK PERWAKILAN Frankfurt Sesi 2014 dan Perlantikan AJK PERWAKILAN Frankfurt sesi 2015. 
  • Aktiviti terdekat : Rombongan ke Keukenhof Gardens, Netherlands, aktiviti bowling dan sebagainya. 
  • Lain lain perkara.

Sesi kali ini amat istimewa kerana kami sempat meraikan hari jadi Puan Selvi pada hari ini. Kami juga sempat bertemu dan mengucapkan selamat datang kepada ahli baru iaitu Cik Noramirah Yusoff, Konsul Muda Pendidikan dan Puan Aryanti binti Razali, isteri kepada Penolong Pengarah Tourism Malaysia. 

Puan Adina Kamarudin dan Cik Rodziah Idris telah masing-masing menyediakan cenderahati istimewa untuk disampaikan kepada setiap ahli Perwakilan. Setinggi- tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Adina dan Cik Rodziah. 

Berakhirnya Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt, ahli PERWAKILAN Frankfurt yang hadir telah menjamu selera dengan makanan tengahari yang dibawa secara potluck.









Puan Adina Kamarudin menyampaikan cenderahati kepada ahli Perwakilan. 


 Selamat Hari Jadi Puan Selvi.



 Di antara juadah yang disediakan secara potluck 


Ahli Perwakilan yang hadir pada Sesi Mesyuarat Agong 2015. 




Nota:
Laporan terperinci mengenai mesyuarat ini boleh diperolehi daripada Minit Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2015.