Friday 15 May 2009

Aktiviti Bowling PERWAKILAN

Sebagai permulaan, AJK Sukan, Sosial dan Kebudayaan telah mengadakan permainan bowling sebagai salah satu aktiviti PERWAKILAN. Permainan yang pertama telah dijayakan oleh Ketua AJK Sukan, Sosial dan Kebudayaan, Puan Peteri Azizah bersama Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud pada 27 Februari 2009 jam 7.30 malam.


Permainan kedua dihadiri oleh beberapa ahli bersama dengan tetamu-tetamu ahli pada 11 Mac 2009, jam 11.00 pagi bertempat di Pusat Bowling Brunswick, Sachsenhausen.



Ahli-ahli PERWAKILAN bersama tetamu kelihatan sungguh bergaya dengan bola bowling masing-masing








Memandangkan aktiviti bowling ini mendapat sambutan dari semua ahli dan keluarga, maka AJK Sukan, Sosial dan Kebudayaan telah bersetuju untuk mengadakannya pada tiap-tiap hari Jumaat pertama setiap bulan, jam 7.30 malam. Ini bagi memudahkan semua ahli PERWAKILAN yang bekerja dan berkeluarga dapat menyertainya. Secara rasminya ia telah dimulakan pada 3 April yang lalu di Pusat Bowling Brunswick, Berkersheimer Weg 104, disertai oleh ahli-ahli PERWAKILAN dan keluarga, 15 pelajar Malaysia dari Universiti Frankfurt & Friedberg, serta Presiden Kelab Malaysia Jerman Puan Rosita Heilek. 


Berikut antara gambar-gambar sepanjang aktiviti berkenaan..



Para suami yang turut serta dalam aktiviti ini






Pelajar-pelajar Malaysia



Puan Azizah dan Puan Misnah yang sabar menunggu giliran



Puan Rosita (Presiden Kelab Malaysia Jerman), kelihatan di belakang suasana meriah di pusat bowling tersebut



Puan Rahimah, Puan Wan Noraini bersama keluarga dan pelajar

Selain dari hari Jumaat awal bulan, aktiviti ini turut dijalankan pada hari-hari yang dirasakan sesuai khas untuk ahli-ahli PERWAKILAN sendiri.