Friday 15 May 2009

Majlis Perpisahan Puan Wan Noraini Dan Puan Dhamayanthy

Pada 12 Mei 2009 yang lalu, PERWAKILAN telah menghoskan Majlis Perpisahan sempena meraikan dua ahli PERWAKILAN iaitu Puan Wan Noraini Mohamad isteri Konsul (Perdagangan) yang akan bertukar ke London dan Puan Dhamayanthy Singaram isteri Konsul (Pelaburan) yang akan kembali ke Malaysia.
Majlis sederhana tetapi meriah itu telah diadakan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt pada jam 12.30 tengahari. Makanan telah disediakan sendiri oleh ahli-ahli PERWAKILAN. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran TYT Duta Besar Malaysia ke Jerman Datuk Zakaria Sulong bersama isteri Datin Hazizah Ahmad.



Puan Khadijah dan Datin Hazizah sedang menyampaikan hadiah kepada Puan Wan Noraini



Puan Khadijah dan Datin Hazizah sedang menyampaikan hadiah kepada Puan Dhamayanthy pula



Ahli-ahli ceria bergambar di hadapan hidangan






Jemputan sedang menjamu selera


















Datuk dan Datin



Semua ahli PERWAKILAN bergambar kenangan bersama Datin Hazizah Ahmad






Di kesempatan ini semua ahli PERWAKILAN Frankfurt ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Wan Noraini dan Puan Dhamanyanthy di atas sumbangan dan kerjasama puan-puan sepanjang dalam persatuan ini. Semoga puan berdua akan terus sukses di mana jua berada. Ditujukan juga pantun di bawah untuk puan-puan berdua, terimalah;


Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi


Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi


Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana


Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi