Sunday 6 December 2009

Demonstrasi Memasak Beriyani Kambing dan Morning Coffee ~ Puan Khadijah Mahmud

Pada mesyuarat PERWAKILAN sebelum ini, semua ahli telah bersetuju untuk mengadakan morning coffee sebulan sekali di rumah ahli-ahli secara bergilir-gilir bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli. Sehubungan itu, morning coffee yang pertama telah diadakan di residen Puan Khadijah Mahmud (Pengerusi) pada 30 November 2009 yang lalu.

Pada majlis tersebut turut diadakan Demonstrasi Memasak Beriyani Kambing yang dihoskan oleh Selebriti Chef yang tidak asing lagi iaitu Chef Ismail Ahmad. Bukan itu sahaja, pada masa yang sama beliau turut menunjukkan cara memasak Kurma Telur.



Majlis berkenaan sangat meriah kerana sebahagian besar ahli-ahli telah hadir pada hari itu yang turut disertai oleh beberapa tetamu Puan Khadijah.


Sebelum demonstrasi memasak dimulakan, Chef Ismail telah berbesar hati untuk berkongsi pengetahuan dan petua beliau dalam bidang masakan dengan ahli-ahli yang hadir. Beliau juga sentiasa memberikan kata-kata semangat sebagai galakan ahli-ahli untuk memasak.


Berikut disertakan gambar-gambar sepanjang majlis berkenaan berlangsung..


Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Beriyani Kambing

Ahli-ahli sedang asyik memasak Beriyani Kambing dan Kurma Telur

Beriyani kambing yang telah sedia untuk dimasak bersama dengan nasi

Sebahagian ahli yang bergaya dengan apron PERWAKILAN



Sibuk memasak di dapur

Ahli-ahli PERWAKILAN yang hadir pada majlis tersebut

Antara tetamu Puan Khadijah yang hadir

Chef sedang menunjukkan bahan untuk memasak Kurma Telur


Inilah rupa Kurma Telur Chef Ismail yang telah siap dimasak, sungguh menyelerakan


Hiasan meja yang menarik hasil kreativiti Puan Khadijah sendiri


Sebahagian daripada hidangan di majlis tersebut




Ahli-ahli kelihatan teruja mendengar penerangan dari Chef yang sememangnya terkenal petah berkata-kata dan tidak lokek dengan petua



Di majlis tersebut juga, PERWAKILAN telah mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan ikhlas kepada Puan Zalina Zainal atas pemergian ibu beliau ke rahmatullah baru-baru ini. Ahli-ahli mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.




Setelah semuanya selesai, ahli-ahli mengambil peluang menjamu selera dengan menu yang telah disediakan oleh tuan rumah dan juga Chef Ismail. Majlis yang bermula pada 10.30 pagi itu telah berakhir pada jam 3.00 petang.




Di kesempatan ini ahli-ahli mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Khadijah di atas jemputan dan layanan baik beliau yang tak terhingga itu.