Friday 15 May 2009

Majlis Perpisahan Puan Wan Noraini Dan Puan Dhamayanthy

Pada 12 Mei 2009 yang lalu, PERWAKILAN telah menghoskan Majlis Perpisahan sempena meraikan dua ahli PERWAKILAN iaitu Puan Wan Noraini Mohamad isteri Konsul (Perdagangan) yang akan bertukar ke London dan Puan Dhamayanthy Singaram isteri Konsul (Pelaburan) yang akan kembali ke Malaysia.

Aktiviti Bowling PERWAKILAN

Sebagai permulaan, AJK Sukan, Sosial dan Kebudayaan telah mengadakan permainan bowling sebagai salah satu aktiviti PERWAKILAN. Permainan yang pertama telah dijayakan oleh Ketua AJK Sukan, Sosial dan Kebudayaan, Puan Peteri Azizah bersama Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud pada 27 Februari 2009 jam 7.30 malam.


Permainan kedua dihadiri oleh beberapa ahli bersama dengan tetamu-tetamu ahli pada 11 Mac 2009, jam 11.00 pagi bertempat di Pusat Bowling Brunswick, Sachsenhausen.



Ahli-ahli PERWAKILAN bersama tetamu kelihatan sungguh bergaya dengan bola bowling masing-masing



Tuesday 12 May 2009

Ahli-Ahli PERWAKILAN Frankfurt, Jerman

PERWAKILAN Frankfurt dianggotai seramai tigabelas (13) orang ahli. Ahli-ahli terdiri daripada isteri-isteri pegawai dan pegawai wanita daripada pelbagai agensi. Agensi yang terlibat adalah Kementerian Luar Negeri (Pejabat Konsulat Jeneral), Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Malaysian Tourism Promotion Board (MTPB) dan Malaysia Airlines (MAS).