Wednesday 19 May 2010

Morning Coffee ~ Puan Misnah Salikan

Hari ini, 19hb Mei 2010 jam 10:30 pagi, Pn Misnah Salikan telah mengadakan morning coffee di kediamannya di Hattersheim am Main. Pengisian majlis ini dimulakan dengan bacaan surah Yassin beramai-ramai oleh ahli PERWAKILAN dengan diketuai oleh Ustazah Azmurahima Mat Sa'ad. Semua ahli PERWAKILAN dan beberapa tetamu jemputan lain telah hadir di dalam majlis ini. 




Para tetamu dijamu dengan hidangan morning coffee yang sungguh menyelerakan oleh tuan rumah.. nasi lemak, rendang ayam, nasi himpit dan kuah kacang juga pulut inti dan kek batik enak-enak semuanya. Ditambah pula dengan berbagai-bagai kuih-muih dan kek yang dibawa oleh ahli PERWAKILAN dan tetamu lain menjadikan perut kami penuh sampai ke malam. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini. Semoga majlis-majlis sebegini dapat mengeratkan lagi tali sillaturahim antara semua dan sentiasa mendapat tempat di sisiNYA.

Inilah antara ahli PERWAKILAN dan tetamu yang hadir pada pagi ini..

Pengerusi PERWAKILAN (tiga daripada kanan) bergambar dengan ahli PERWAKILAN dan tetamu yang hadir..

Majlis bacaan Yassin oleh ahli PERWAKILAN

Beramah-mesra sambil berbincang aktiviti seterusnya

Bergambar bersama Pn Misnah Salikan dan Ustazah Azmurahima Mat Sa'ad

Antara hidangan pada pagi ini..

Nasi lemak dan rendang

Beraneka kuih-muih

Cheese cake yang sedap..

Masing-masing sedang khusyuk menjamu selera

Masih sempat posing lagi..