Sunday 6 June 2010

Lawatan Ke Wertheim Village

Semalam, Sabtu 5 Jun 2010, PERWAKILAN Frankfurt telah mengadakan lawatan ke Wertheim Village Outlet Shopping. Terletak di antara Frankfurt dan Wuurbung, ia merupakan pusat membeli-belah dan menjadi tumpuan pelancong kerana menawarkan diskaun sehingga 60% daripada harga pasaran sepanjang tahun untuk barangan berjenama dan berkualiti. Berpegang kepada konsep jimat-cermat, bersederhana dan berbelanja secara berkhemah, seramai 7 orang ahli telah turut-serta di dalam rombongan ini.


Menggunakan bas khas (Wertheim Village Shopping Express) yang disediakan di Frankfurt Main Station, rombongan PERWAKILAN telah bertolak tepat jam 10:00 pagi. Perjalanan pergi-balik yang mengambil masa dua jam tersebut mengenakan bayaran 10 euro seorang untuk dewasa.

Sempat bergambar sebelum bertolak

Menjadikan lawatan ini sebagai aktiviti santai di hujung minggu, ia telah digunakan sepenuhnya oleh ahli PERWAKILAN untuk melupakan seketika urusan rumahtangga dan tugas-tugas harian di pejabat sambil menikmati pemandangan luar Frankfurt yang sungguh mempesonakan.


Seperti biasa, menjadi kemestian untuk PERWAKILAN - bergambar dan makan-makan

Menikmati juadah yang dibawa sebaik sahaja sampai di destinasi

Tepat jam 3:00 petang, PERWAKILAN akhirnya bertolak pulang ke Frankfurt. Perasaan penat dan puas terbayang di wajah masing-masing dan ada yang merancang untuk kembali lagi ke sini.

Wertheim Village, kami pasti datang lagi!