Sunday 25 April 2010

Majlis Perpisahan Puan Suharti Shuib

Jasamu dikenang nama diberi
Buat merai teman bestari
Anda sahabat yang kami kasihi
Jasa anda amat dihargai


Sebagai mengenang sumbangan jasa dan tenaga Puan Suharti Shuib, satu majlis khas telah diadakan semalam, Sabtu 24 April 2010 di Dewan Sebarguna, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Beliau dan keluarga akan bertolak pulang ke Malaysia pada Rabu ini 28 April 2010 untuk memulakan kerjaya di dalam suasana baru di sana setelah berkhidmat di Berlin dan Frankfurt selama lebih kurang 3 tahun.

Kami di PERWAKILAN mendoakan semoga dengan pertukaran ini, perkhidmatan dan kehidupan beliau akan lebih cemerlang. Kami juga memohon kemaafan atas segalanya dan mengucapkan 'Selamat Maju Jaya'.

Puan Suharti Shuib memberikan ucapan selamat tinggal

Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud menyampaikan cenderamata kepada Puan Suharti Shuib

Majlis yang bermula jam 12:00 tengahari tersebut diakhiri dengan makan-makan yang telah disediakan secara potluck oleh ahli-ahli PERWAKILAN. Berikut di antara gambar makan-makan yang sempat dirakam..

Tetamu yang diraikan, Pun Suharti dan suami

Antara hidangan utama pada tengahari tersebut

Telur dadar, bihun goreng istimewa, ayam goreng dan sayur goreng

PERWAKILAN bergambar kenang-kenangan

PERWAKILAN berkaraoke menghadiahkan beberapa buah lagu