Sunday 13 June 2010

Morning Coffee ~ Puan Emelia Fantoza Sarain

Seperti kelaziman bulanan, PERWAKILAN Frankfurt akan mengadakan program morning coffee. Puan Emelia Fantoza Sarain telah memilih untuk menjayakan program ini di kediamannya iaitu di Haeberlinstrasse, Frankfurt pada minggu lepas, Khamis 10 Jun 2010. Semua ahli PERWAKILAN telah hadir kecuali seorang kerana sedang bercuti di Malaysia. Majlis sambutan kali ini diserikan dengan kedatangan ahli baru iaitu Puan Fadhilah Hashim (pengganti Puan Suharti Shuib). Beliau dan keluarga telah selamat sampai di Frankfurt pada 31 Mei 2010 lepas.


Di dalam perjumpaan kali ini, Puan Pengerusi PERWAKILAN telah membuat ucapan aluan (welcome speech) untuk beliau dan seterusnya membuat perbincangan dengan ahli-ahli mengenai aktiviti-aktiviti terbaru yang akan dibuat di dalam bulan ini sebelum dihidangkan dengan sajian utama iaitu bihun goreng tomyam istimewa dan kek carrot oleh tuan rumah serta pelbagai jenis kuih-muih sumbangan daripada rakan-rakan perwakilan.

Untuk Puan Fadhilah sekeluarga, PERWAKILAN Frankfurt mengucapkan 'Selamat Datang Ke Frankfurt' dan 'Enjoy Your Stay In Germany'.


Antara ahli PERWAKILAN yang hadir..

Sedang tekun mendengar ucapan aluan daripada Puan Pengerusi PERWAKILAN

Puan Fadhilah Hashim memperkenalkan diri

Berbincang mengenai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bulan ini

Berkenal-kenalan

Antara tetamu pada hari tersebut

Hidangan bihun goreng tomyam istimewa dan pelbagai jenis keropok

Pelbagai kuih-muih

Popia goreng, bubur kacang hijau dan pastri