Friday 18 June 2010

PERWAKILAN Berganding Bahu

Khamis, 17 Jun 2010, sepertimana yang dirancang, seramai 11 daripada 14 orang ahli PERWAKILAN telah hadir di rumah Puan Misnah Salikan di Hattersheim untuk bergotong-royong menyiapkan tempahan 600 cucuk satay, kuah kacang dan 400 biji karipap yang telah diterima daripada Malaysian Club Deutschland (MCD) yang bakal menyertai Parade of Culture pada 26 Jun 2010 di Romerplatz, Frankfurt. Aktiviti ini dijadikan sebagai salah-satu daripada usaha untuk menambah dana PERWAKILAN sediada.








MONDAY, 14 JUNE 2010

Terdahulu daripada ini, ahli-ahli PERWAKILAN telah keluar bersama-sama membeli barang-barang keperluan tersebut pada Isnin 14 Jun 2010. Inilah ahli-ahli PERWAKILAN yang keluar membeli-belah pada hari tersebut.

Ahli PERWAKILAN bersiap-sedia untuk ke pasar

Di salah-satu kedai di bandar Frankfurt

Puan Misnah Salikan sedang membeli salah-satu barang keperluan




THURSDAY, 17 JUNE 2010

Kesemua aktiviti pada hari tersebut dijalankan secara beramai-ramai dan telahpun dibahagikan secara sistematik agar kerja dilakukan dengan cepat dan efisyen. Persiapan awal seperti mengisar rempah-ratus, lada kering dan kacang tanah serta memotong dadu kentang dan keledek telah diagih-agihkan di antara ahli untuk disiapkan di rumah masing-masing terlebih dahulu. Aktiviti yang bermula seawal jam 9:00 pagi ini berakhir jam 8:00 malam. Turut hadir memberikan sokongan moral dan tenaga ialah Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud dan Ustazah Azmurahima Mat Sa'ad.

Bekerjasama dan ceria, aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Terima kasih tidak terhingga kepada semua kerana meluangkan masa dan tenaga..

Pedihnya mata mengupas bawang besar untuk dikisar

Mengisar bawang besar

Sambil bekerja, tersenyum gembira..

Berganding bahu menyediakan daging ayam untuk satay

Manis perapan daging satay, manis lagi senyuman ahli PERWAKILAN...

Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud bersama ahli-ahli bergambar dengan satay masing-masing

Tambah rempah dan gula sikit..

Menyediakan inti karipap dan kuah kacang

Berehat seketika menikmati juadah pot luck yang dibawa

Menyediakan doh karipap

Mencanai, menerap dan mengelim karipap




SATURDAY, 26 JUNE 2010

Satay dan karipap dijual semasa pesta Parade of Culture

Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud antara yang hadir memberi sokongan moral semasa pesta Parade of Culture