Wednesday 27 October 2010

Jom Makan!

Tengahari tadi, Rabu 27 Oktober 2010, pada jam 12 tengahari, PERWAKILAN Frankfurt berkumpul lagi.. kali ini lokasi pilihan ialah Restoran Iran iaitu Restoran Hafez di Baelerstr. 21, Frankfurt.


Dimulai dengan roti nipis yang dipanggang secara tradisional sungguh enak sekali dimakan dengan keju segar, mentega, buah zaitun, sayuran hijau dan bawang besar sebagai pilihan. Masing-masing memilih nasi daripada beras basmathi yang ditaburi safron sebagai hidangan utama untuk dimakan bersama kebab kambing, ayam atau ikan beserta sayur-sayuran dan sos sebagai pelengkap hidangan. Menikmati makan tengahari yang lazat lagi menyelerakan ini, semua pulang kekenyangan... tidak lupa ucapan terima kasih kami untuk Puan Rahizam Abdullah kerana sudi belanja makan pastri tradisional Iran yang rasanya sungguh manis sekali… kemanisannya..hemm, boleh mengalahkan rasa manis kuih-muih Kelantan..

Antara yang dapat hadir..

Antara hidangan makan tengahari..
Nasi safron bersama kebab kambing

Nasi safron bersama sayuran dan ikan