Friday 18 June 2010

PERWAKILAN Berganding Bahu

Khamis, 17 Jun 2010, sepertimana yang dirancang, seramai 11 daripada 14 orang ahli PERWAKILAN telah hadir di rumah Puan Misnah Salikan di Hattersheim untuk bergotong-royong menyiapkan tempahan 600 cucuk satay, kuah kacang dan 400 biji karipap yang telah diterima daripada Malaysian Club Deutschland (MCD) yang bakal menyertai Parade of Culture pada 26 Jun 2010 di Romerplatz, Frankfurt. Aktiviti ini dijadikan sebagai salah-satu daripada usaha untuk menambah dana PERWAKILAN sediada.




Sunday 13 June 2010

Morning Coffee ~ Puan Emelia Fantoza Sarain

Seperti kelaziman bulanan, PERWAKILAN Frankfurt akan mengadakan program morning coffee. Puan Emelia Fantoza Sarain telah memilih untuk menjayakan program ini di kediamannya iaitu di Haeberlinstrasse, Frankfurt pada minggu lepas, Khamis 10 Jun 2010. Semua ahli PERWAKILAN telah hadir kecuali seorang kerana sedang bercuti di Malaysia. Majlis sambutan kali ini diserikan dengan kedatangan ahli baru iaitu Puan Fadhilah Hashim (pengganti Puan Suharti Shuib). Beliau dan keluarga telah selamat sampai di Frankfurt pada 31 Mei 2010 lepas.

Sunday 6 June 2010

Lawatan Ke Wertheim Village

Semalam, Sabtu 5 Jun 2010, PERWAKILAN Frankfurt telah mengadakan lawatan ke Wertheim Village Outlet Shopping. Terletak di antara Frankfurt dan Wuurbung, ia merupakan pusat membeli-belah dan menjadi tumpuan pelancong kerana menawarkan diskaun sehingga 60% daripada harga pasaran sepanjang tahun untuk barangan berjenama dan berkualiti. Berpegang kepada konsep jimat-cermat, bersederhana dan berbelanja secara berkhemah, seramai 7 orang ahli telah turut-serta di dalam rombongan ini.