Friday 25 February 2011

Jom Bowling!

Pagi Khamis 24 Februari 2011 jam 10:30, PERWAKILAN berkumpul di Pusat Bowling Brunswick GmbH Berkersheimer Weg 104. Pagi itu kami berbowling lagi! Kali ini diserikan dengan kehadiran ahli baru PERWAKILAN, Puan Zainab Othman dan sahabat baru PERWAKILAN Puan Anne Bechler. Kedua-duanya baru tiba di Frankfurt am Main hujung tahun lepas bersama-sama keluarga masing-masing. Bermain untuk suka-suka, rihatkan minda kalah-menang tidak berkira..Permainan tamat lebih kurang jam 1:00 tengahari setelah masing-masing menghabiskan sebanyak dua permainan.

Gambar sekitar main bowling..
Antara yang hadir pada pagi itu..


Puan Zainab Othman.. pertama kali turut serta dalam aktiviti bowling PERWAKILAN


Sahabat PERWAKILAN, Puan Faiza Jansa (Setiausaha MCD) dan Puan Anne Bechler yang baru tiba dari Dubai kerana mengikuti suami bertugas di sini


Sambil main, sambil borak-borak..


Bergambar sebelum pulang.. salji turun semula setelah sekelian lama menghilangkan diri..