Wednesday 21 September 2011

Rumah Terbuka Hari Kebangsaan Konsulat

Selasa 20 September 2011, Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt telah mengadakan rumah terbuka sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-54. Tema Hari Kemerdekaan tahun ini ialah

1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Majlis yang diadakan di kediaman rasmi Konsulat Jeneral tersebut bermula jam 5:30 petang. Dihadiri oleh para tetamu jemputan konsulat, majlis berakhir jam 7:00 malam.


Terdahulu daripada itu, PERWAKILAN dengan diketuai oleh Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham telah bergotong-royong menyediakan pelbagai masakan sebagai hidangan pada hari tersebut. Semua aktiviti masak-memasak dibuat di kediaman Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt.

THURSDAY, 11 AUGUST 2011

PERWAKILAN telah bergotong-royong membuat karipap. Sebanyak 300 biji berjaya disiapkan.


Inti karipap


Mengelim karipap


Karipap.. sedia untuk didinginbeku..

THURSDAY- FRIDAY / 8 - 9 SEPTEMBER 2011

Pada 8 September PERWAKILAN telah keluar bersama-sama ke bandar membeli bahan-bahan untuk membuat satay. Pada hari berikutnya, sebanyak 600 cucuk satay berjaya disiapkan secara bergotong-royong. PERWAKILAN juga turut menyediakan kuah kacang dan biskut siput.


Satay.. menunggu hari untuk dibakar..

TUESDAY, 20 SEPTEMBER 2011

Pada hari ini, persiapan dibuat seawal 8:30 pagi di mana masing-masing telah berkumpul di kediaman rasmi Pengerusi PERWAKILAN untuk sama-sama membakar satay, membuat roti jala, menyediakan kari ayam dan juga bubur sagu. Turut menjadi pilihan hidangan ialah kuih bakar yang telah disediakan sehari sebelum.


PERWAKILAN di dapur..


PERWAKILAN di perkarangan rumah..menyiapkan kari ayam..


Antara yang turut membantu.. terima kasih ya..


Satay yang sudah siap dibakar


PERWAKILAN semasa majlis..


Roti jala dan kari ayam


Biskut siput


Buah-buahan, karipap dan kuih bakar


Bubur sagu..turut menjadi pilihan sebagai pencuci mulut