Wednesday 28 September 2011

Morning Coffee ~ Puan Sharifah Noraida

Semalam Selasa 27 September 2011 pada jam 10:30 pagi, Puan Sharifah Noraida sekali lagi mengadakan majilis morning coffee.. kali ini di kediaman baru beliau di Oberrusel. 

Di dalam majlis ini, Pengerusi PERWAKILAN Puan Karen George Abraham telah menyampaikan ucapan terima kasih di atas kerjasama semua di dalam menjayakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Konsulat tempohari dan menyentuh serba-sedikit hasil mesyuarat dengan ISF Internationale Schule Frankfurt-Rhein-Main mengenai International Day yang bakal diadakan pada 6 November 2011 di mana Malaysia akan menjadi salah-satu focus country. PERWAKILAN juga turut membincangkan cadangan sukaneka untuk Hari Keluarga Konsulat yang bakal diadakan pada awal bulan hadapan.


Semasa majlis ini juga, Puan Ku Asmah telah berbesarhati untuk membuat tunjukajar Lamingstons.

Inilah antara yang sempat dirakam semalam...

PERWAKILAN bermesyuarat..

Mari belajar membuat lamingstons..

Lamingstons... sedia untuk dimakan..

Selepas menjamu selera.. kita bergambar pula...