Sunday 4 September 2011

Sambutan Aidilfitri Bersama Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt

Sabtu 3 September 2011, Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri di Restauran Cosmopolitan, Frankfurt. Majlis yang bermula jam 5:30 petang dan berakhir jam 7:00 malam tersebut diadakan untuk meraikan rakyat Malaysia dan keluarga di perantauan. Selain daripada itu ia juga dihadiri oleh tetamu-tetamu konsulat yang dijemput khas untuk sama-sama meraikan hari yang bersejarah ini. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, hidangan untuk jamuan hari raya kali ini juga telah diadakan secara gotong-royong oleh PERWAKILAN Frankfurt. Diketuai oleh Pengerusi PERWAKILAN, Puan Karen George Abraham, antara hidangan utama yang menjadi pilihan ialah nasi tomato, ayam masak merah, dalca, rendang, nasi himpit dan juga lontong.

Kepada semua yang membantu.. syabas dan terima kasih tidak terhingga..

Galeri gambar..

Bergambar bersama Pengerusi PERWAKILAN, Puan Karen George Abraham


PERWAKILAN.. sebelum majlis bermula..

PERWAKILAN.. turut membantu semasa majlis.. semuanya bagi mempastikan yang dirancang berjalan lancar..

Anggun.. Menawan.. Ceria.. PERWAKILAN di Hari Raya..



Menu raya kali ini..


Sesi jamu selera..

Antara pelajar-pelajar Malaysia yang hadir..

Mari belajar membuat sarung ketupat.. warisan nenek moyang zaman berzaman..