Sunday 2 October 2011

Hari Keluarga Konsulat Jeneral

Semalam Sabtu 1 Oktober 2011 jam 9 pagi, buat pertama kalinya Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt telah mengadakan Hari Keluarga khas untuk warga konsulat. Ia diadakan di kediaman rasmi Konsul Jeneral. Sepanjang majlis berlangsung, beberapa acara sukaneka telah diadakan antaranya ikat belon di kaki, isi air dalam botol dan lambung kasih. Sudah pasti kanak-kanak adalah yang paling gembira pada hari tersebut. Dapat bermain dengan rakan-rakan dan mendapat hadiah membuatkan mereka girang sampai ke petang..

Selepas bersukaneka, masing-masing menjamu selera. Makan pagi untuk semua telah dibawa secara potluck terancang oleh PERWAKILAN Frankfurt.

Antara yang sempat dirakam..

Antara ahli keluarga konsulat yang hadir..

Sukaneka bermula..

Isi air dalam botol


Cepat dik..cepat!