Saturday 5 November 2011

ISF International Day

Hari ini Sabtu 5 November 2011 merupakan International Day ISF (ISF Internationale Schule Frankfurt-Rhein-Main). Bagi sebahagian ahli PERWAKILAN Frankfurt yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di sini, hari ini merupakan hari yang bermakna buat mereka dan anak-anak kerana pada tahun ini Malaysia terpilih menjadi salah-satu daripada fokus country di samping Germany, Latin &  South America dan United Kingdom.

Bagi menjayakan international day ini, beberapa aktiviti telah diatur. Di antaranya ialah memperkenalkan makanan Malaysia kepada pengunjung dengan menyediakan karipap dingin-beku serta memberi tunjuk-ajar bagaimana menyediakan Nasi Goreng kepada pihak kafetaria ISF. Kedua-dua makanan ini disediakan untuk jualan oleh kafetaria ISF pada hari tersebut.

Bilik Pameran Malaysia pula dihias dengan pelbagai dan maklumat umum mengenai Malaysia. Beberapa peralatan, permainan tradional dan replika turut dipamerkan. Antaranya wau bulan, KLCC, keris, bakul rotan, batik, songkek dan seumpamanya. Manakala di gymnasium ISF pula, para pelajar lelaki Malaysia telah berbesar hati untuk turut padang mempamerkan permainan tradional masyarat Melayu iaitu sepak takraw.

Berikut antara gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut..

Antara yang berkunjung ke Bilik Pameran Malaysia..


Sebahagian daripada university students tajaan MARA dan JPA yang turut membantu.. terima kasih semuanya..

Mari kita berkompang.. alat muzik traditional yang paling popular dalam masyarakat Melayu..

Congkak..juga salah-satu permainan tradisional Melayu..

Kuiz mengenai Malaysia..tekun mencari jawapan

Anak-anak ini tertarik dengan Bunga Manggar.. hiasan penting di dalam majlis keramaian orang Melayu Malaysia terutamanya di dalam majlis perkahwinan.. minta untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan..

Menikmati satu lagi manisan yang dibawa khas dari Malaysia.. Dodol.. best!

Belakang tabir.. university students menolong menyiapkan anak-anak ISF sebelum persembahan bermula..


Anak-anak Malaysia..menunggu giliran untuk membuat persembahan

Mari ikuti persembahan mereka..dikir puteri.. asal dikenali sebagai Dikir Barat, merupakan persembahan tarian traditional masyarakat Melayu Kelantan..

Focus Country Performance.. Dikir-Puteri



MONDAY, 31 OCTOBER 2011

Terdahulu daripada itu, kaum ibu telah berkumpul di kediaman rasmi Konsul Jeneral untuk sama-sama membuat karipap untuk dijual oleh pihak kafetaria ISF.

Kaum ibu ISF bergambar bersama.. Turut-serta membantu Puan Wan Nor Hasima Hj. Wan Abdullah

Karipap.. akan dibekalkan kepada cafetaria ISF untuk jualan

Lebihan pastri karipap.. menjadi kuih lain pula..

Siap digoreng..enak dimakan begitu saja.. atau disira gula atau sira pedas..

TUESDAY, 24  FEBRUARY 2012

Lanjutan daripada aktiviti ISF International Day tempohari, hari ini jam 12:00 tengahari kaum ibu ISF telah keluar bersama-sama menikmati makan tengahari di Chinese and Japanese Buffet Restaurant di bandar Frankfurt.