Saturday 14 November 2015

Malam Deepavali di kediaman Encik Jai Shankar dan Puan Pecky Lau

Sempena Hari Deepavali, Encik Jai Shankar dan Puan Pecky Lau telah menjemput warga konsulat Malaysia di Frankfurt sekeluarga ke kediaman mereka di Bad Soden pada 13 November 2015.

Mereka telah menyediakan juadah seperti kari ayam, ayam goreng, rendang kambing, sambal telur, ikan masak manis dan pedas, nasi minyak dan acar. Selain dari itu, puan rumah juga telah menyediakan kek carrot, tat telur, tat ros epal, kastard buah-buahan, vadai dan sebagainya. 

Terima kasih diucapkan kepada Encik Jai dan Puan Pecky.