Thursday 26 November 2015

Sesi Ramah Mesra dengan HE Dato' Zulkifli Adnan dan Datin Siti Hawa di Konsulat Malaysia, Frankfurt


Pada 26 November 2015, HE Dato' Zulkifli Adnan, Duta Besar Malaysia di Jerman dan isteri Datin Siti Hawa telah melawat pejabat Konsulat Malaysia di Frankfurt. Setelah selesai sesi temusuai dengan kakitangan ambilan tempatan, warga konsulat berpeluang untuk makan tengahari dengan mereka di Dewan Tun Ghazalie Shafie. Pada mulanya kami merasa berdebar untuk bertemu Dato' dan Datin buat pertama kali. Namun begitu, perasaan itu hilang kerana Dato' dan Datin amat peramah dan senang diajak berbual. 

Terima kasih Dato' dan Datin kerana meluangkan masa untuk berkenalan dengan kami. 


HE Dato' Zulkifli Adnan menandatangani Buku Pelawat Konsulat Malaysia di Frankfurt. 


Datin Siti Hawa menandatangani Buku Pelawat Konsulat Malaysia di Frankfurt.

Sesi Makan Tengahari 

Sebelum makan tengahari, kami sempat bergambar dengan Datin Siti Hawa.

Sesi bergambar dengan Malawakil Frankfurt 

Sesi bergambar dengan Malawakil Frankfurt & Kakitangan Ambilan Tempatan.

Sesi bergambar dengan Perwakilan Frankfurt.