Sunday 1 November 2015

Lawatan ke Heidelberg

Pada 1 November 2015, beberapa orang ahli Perwakilan telah membuat lawatan ke Schloss Heidelberg (Istana Heidelberg). Schloss Heidelberg  merupakan istana yang terkemuka di Eropah pada kurun ke 16 dan 17. 

Ia merupakan destinasi popular kepada mereka yang melawat Frankfurt kerana terletak hanya 90km dan mengambil masa hanya 1 jam untuk sampai di sana.  Ahli Perwakilan telah menaiki keretapi dari Frankfurt Hauptbahnhof ke Heidelberg Bahnhof dan kemudian menaiki kereta kabel ke Schloss Heidelberg.

Setelah melawat Schloss Heidelberg, ahli Perwakilan sempat bersiar-siar dan berpiknik di taman istana.